Logo Kami

Logo Kami
PETUNJUK ANTARA DUA CAHAYA

Saturday, August 11, 2012

Bekam, Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w.



Terdapat banyak hadis mengenai bekam di antaranya ialah:

1. Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
" Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri ."
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

2. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
" Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz ."
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar

3. Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

4. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu. "
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

5. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran ."
(Riwayat Imam Ahmad)

6. Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit."

(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)
7. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda:

" Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu."
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul

8. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
" Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit."

9. Dari Anas bin Malik r.a., dia bercerita:
"Rasulullah s.a.w. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan pada bahagian belakang. Baginda biasa berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21".
(Riwayat at-Tirmizi)

10. Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasullah s.a.w. bersabda:
" Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah yang paling baik, di mana ia akan menambah ketajaman menghafal. Ia akan menjadikan seseorang penghafal lebih mudah menghafal. Oleh kerana itu, sesiapa yang hendak berbekam, maka sebaiknya dia melakukannya pada hari Khamis dengan menyebut nama Allah. Hindarilah berbekam pada hari Jumaat dan Sabtu serta Ahad. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa. Hindarilah berbekam pada hari Rabu kerana hari tersebut merupakan hari di mana Nabi Ayyub tertimpa malapetaka. Tidaklah timbul penyakit kusta dan lepra kecuali pada hari Rabu atau malam hari Rabu."
(Lihat Shahih Sunan Ibni Majah)

11. Dari Anas r.a., dia bercerita: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
" Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya."
(Diriwayatkan oleh al-Hakim).

12. Dari Ibnu 'Abbas r.a., dia bercerita: "Nabi Allah s.a.w. bersabda:
" Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan."

(Sunan Abni Majah)



cume video tu je saya upload sendiri.

=)



Tuesday, August 7, 2012

Kami di TV9 , Umrah Kita Episod 2 !! (minit 15.45)

Tok Guru saya, Ustaz Hj. Ahmad bin Hj. Meh ( Tabib Abu Syakirin ) , masuk dalam TV9 UMRAH KITA Episod 2 , ( pada minit 15.45 ) . Bersama AbdulHalim Bin AbdulHamid membuat urutan kaki dan bekam pada Noh Hujan dan Aizat Amdan di Marsa Al-Jariah Hotel Ibrahim Khalil Street, Mekkah.

terima kasih TV9 , Umrah Kita dan pihak2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, kerana telah memartabatkan syarikat kami dan memartabatkan sunnah berbekam. semoga Allah s.w.t merahmati dan memuliakan kamu semua sebagaimana kamu memuliakan sunnah-sunnah baginda Rasulullah s.a.w. amiin.

http://www.youtube.com/watch?v=9_bH002P6ZM

( pada minit 15.45 )