Logo Kami

Logo Kami
PETUNJUK ANTARA DUA CAHAYA

Monday, September 10, 2012

BEKAM

Berbekam ni banyak manfaatnya diantaranya:
  1. Dapat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam pengubatan
  2. Meningkatkan daya tahan tubuh badan
  3. Mencuci darah
  4. Dapat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur
  5. Sangat berkesan mengatasi racun
  6. Bermanfaat mengatasi luka-luka berdarah
  7. Dapat mengatasi sakit kepala,migrin dan sakit gigi
  8. Mengatasi gangguan tekanan darah
  9. Merawat berbagai jenis penyakit yg tidak boleh diubati dengan kaedah rawatan moden
BEKAM DAPAT MERAWAT PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI RACUN DAN SIHIR


Dari ka'ab bin malik r.a beliau meriwayatkan bahawasanya seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di khaibar,Beliau bertanya "Apakah ini?" wanita itu menjawab "Hadiah." wanita itu cukup berhati-hati supaya tidak sampai mengatakanya sedekah,sehingga beliau tidak mau memakanya sama sekali. kemudian Nabi s.a.w dan sahabat-sahabatnya pun makan, tiba-tiba Beliau bersabda "Hentikan," kemudian Beliau bertanya kpd wanita itu, "Apakah engkau telah meracuni kambing ini?" wanita itu menjawab,"ya," Beliau s.a.w bertanya "kenapa?", wanita itu menjawab " aku ingin sekiranya engkau seorang pendusta,orang2 akan segara boleh beristirehat dari kedustaanmu,tetapi seandainya engkau seorang Nabi maka itu tidak akan merbahaya bagimu," Maka Nabi s.a.w berbekam tiga bekaman ditengkuk serta memerintahkan para sahabatnya supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam,tetapi sebahagian dari mereka meninggal. (HR BUKHORI) 





No comments:

Post a Comment